Gaya Permainan Prince of Persia: The Lost Crown

Prince of Persia: The Lost Crown ialah permainan video aksi-pengembaraan, sama seperti pendahulunya tetapi berbeza dari siri trilogi buatan semula, ia mengguna perspektif tampilan 2D berbanding 3D. Protagonis dalam permainan yaitu Sargon, boleh melompat, menggelangsar, dan menghempaskan diri bagi mengembara dari satu tempat ke tempat lain.[1] Gaya bertarungnya ialah memakai kedua pedang, apabila pemain mampu menangkis serangan musuh pada masa yang tepat, maka Athra Sargon akan bercahaya, jika kuasa itu diguna maka kombo khas akan akan tampal. Selain berpedang Sargon memiliki beberapa kepiatuan dalam memanipulasi masa, kuasa itu dapat digalakkan semasa pertarungan atau melewati sebuah zon yang mempunyai banyak perangkap.

Kepiatuan Rush of the Simurgh membolehkan Sargon untuk menghempaskan diri melawati maaa, Shadow of the Simurgh mempunyai kuasa bagi membuat dirinya mampu melakarkan sebuah tempat sebagau "shadow marker". Ia mempunyai fungsi sebagai tempat titik pemeriksaan, hal ini memudahkan pemain ketika mengembara dan Sargon boleh mempunyai azimat yang menguatkan kemampuannya.[2]

The Lost Crown mempunyai unsur genre Metroidvania, dunia dalam permainan saling bersambung di setiap petanya dan mempunyai jalan jalan pintas dan bilik rahsia, pemain harus menamatkan teka-teki dahulu jika ingin mendapatkan sebuah kunci atau item penting dalam cerita.[2][3] Menuju pertengahan permainan, pemain boleh mengumpulkan Time crystal, yang dipakai untuk pembaharuan dan kenaikan kelayakan senjata. Pemain dapat memfoto syot layar dan peniti arah yang bertanda kedudukan di mana saat ini Sargon berada akan tampak dalam peta permainan. Hal ini memudahkan pemain jika ingin merayau melakukan misi sampingan atau kebingungan mencari jalan menuju level selanjutnya.[1]